Archive for the ‘agama’

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi

Dunia kehilangan lagi seorang permata ilmuan agama, alangkah ruginya penulis tidak berkesempatan bertemu  beliau ketika mana  hayatnya. Seorang ulama’ yang hebat di zaman ini, walaupun dengan beberapa fatwa beliau yang berbeza pendapat dari penulis dan membawa kepada kontrovesi umum, namun ianya bukan lah menjadi satu titik tolak bagi penulis untuk mengkritik apatah lagi menghentam beliau [...]

Kalimah Allah berkongsi milik?

Setiap tahun ada sahaja isu2 yang cuba mengganggu gugat keadaan islam, bermulanya dari isu Natrah, Murtad dan  siri kali ini berepisodkan isu kalimah  Allah.Isu kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh mahkamah kepada mingguan Herald Catholic, Allahmdulillah telah menarik hati umat islam Malaysia membuka mata memasang telinga untuk bersama-sama berdiskusi, berdemostrasi semata-mata menunjukkan sentiman islam yang masih [...]

Dakwah Melangkaui Sempadan

Dakwah memang sinonim dengan sesebuah gerakan islam, namun adakalanya maksud dakwah itu di salah ertikan oleh sesetengah pihak. Dakwah kadang2 diimiginasikan dengan terlalu sempit sehingga ia menutup ruang2 kesyumulannya. Ada juga yang menganggap ruang lingkup dakwah hanyaberputar  sekitar anak buah atau anak usrah didalam jemaah tanpa melihat di balik tirai sempadan jemaah,masih ramai lagi manusia-manusia [...]

kembali kepada akidah Rasul: Apakah sekadar Asy’ari dan Maturidi???

Sesungguhnya hanya orang yang ikhlas membaca karya-karya ulama’ sahaja yang akan berasa tenang dengan mengikut kebenaran , sedangkan para pentaqlid buta yang hanya pandai menyebut nama-nama Imam dan buku-buku mereka padahal tidak pernah mentelaah buku mencari kebenaran , tugas mereka hanyalah mencari kesilapan dan menghina.Pernah sekali beberapa tahun lepas penulis mendengar kuliah yang disampaikan seorang [...]

Jawapan terhadap islam liberal(siri 1)

Berbeza dengan ajaran sesat terdahulu yang kelihatan lebih konsisten dalam mengemukakan hujjah, aliran liberal pula masih terkontang-kanting bermain dengan dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa sahaja yang meneliti penghujahan liberal akan mendapati bahawa bersepah pelbagai-bagai unsur  fallacies dalam penghujahan mereka. Al-Quran adalah ikatan ayat-ayat yang berkesinambungan , maka dengan itu, jelas sekali terpampang segala lowongan dalam  [...]

Karut

Apa gunanya kalau dunia sahaja moden tetapi pemikiran  masih lagi kolot, begitulah sindiran yang tepat perlu diberikan kepada mereka2 yang masih lagi percaya dengan amalan-amalan karut marut. Apa tidaknya, telah banyak dibentangkan di dada akhbar manusia-manusia yang masih lagi percaya dengan manusia yang bergelar bomoh ini. Lihat sahaja peratusan kes-kes bomoh palsu, hal ini menenunjukkan [...]

Yoga : Majlis Fatwa akan mengarut lagi?

Majlis fatwa kebangsaan mengambil keputusan untuk membincangkan hukum senaman yoga berikutan kenyataan dan kajian pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa mengenai pengaruh agama hindu yag terdapat dalam senaman yoga. Penulis terfikir juga,rajin benar majlis fatwa ini.Apa sahaja kenyataan yang mendapat liputan meluas terus dibincangkan.Tetapi apabila pengerusi majlis fatwa membuat kenyataan bahawa hanya [...]