Author Archive

Kenali Diri dan Masyarakat dalam Kehidupan…Mereka Juga Hebat!!!

Alhamdulillah sepanjang tiga bulan bercuti ini penulis mengambil masa untuk berada di kampung halaman bersama dengan kawan-kawan daripada pelbagai dimensi dan latar belakang yang berbeza. Sebenarnya ada banyak perkara berkenaan perjuangan yang masih belum penulis dan rakan-rakan mahasiswa pelajari. Dahulunya penulis selalu berpendapat bahawa perjuangan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam masyarakat merupakan peranan yang paling besar. [...]

Jawapan terhadap islam liberal(siri 1)

Berbeza dengan ajaran sesat terdahulu yang kelihatan lebih konsisten dalam mengemukakan hujjah, aliran liberal pula masih terkontang-kanting bermain dengan dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa sahaja yang meneliti penghujahan liberal akan mendapati bahawa bersepah pelbagai-bagai unsur  fallacies dalam penghujahan mereka. Al-Quran adalah ikatan ayat-ayat yang berkesinambungan , maka dengan itu, jelas sekali terpampang segala lowongan dalam  [...]

republish: Sistem Universiti Perlu di Nilai Semula

Sejak sekian lama,keseluruhan universiti di Malaysia menggunakan sistem grade point average (gpa) untuk menilai kemampuan mahasiswa setiap semester dimana mahasiswa akan diberikan markah mengikut penilaian pensyarah yang mengajar matapelajaran tertentu selain daripada peperiksaan akhir.Sekali pandang sistem ini adalah paling adil kerana hanya pensyarah yang paling mengetahui kemampuan akedamik pelajarnya. Tetapi setelah dipraktikkan sejak sekian lama,ternyata penilaian [...]

soal jawab fiqh : bayi tabung uji , ibu tumpang

Apakah hukum melahirkan anak melalui proses bayi tabung uji ataupun ibu tumpang yang mengandungkan anak tersebut? Jawapan: Bismillahirrahmanirrahim Setiap proses mengandung dan bersalin mengandungi 4 unsur penting 1) sperma [air mani lelaki] 2) ovum [ air mani perempuan] 3)bahagian faraj [tempat berlaku persenyawaan antara sperma dan ovum] 4)rahim [ tempat janin berkembang] Ulama’ Islam bersepakat bahawa proses melahirkan anak dengan keempat-empat unsur [...]

Apa sebenarnya berlaku dengan orang kelantan……?

Baru-baru ini , kita disajikan dengan insiden keganasan penyokong bola sepak Kelantan di Kota Bharu.Mungkin agak tidak adil menghukum rakyat Kelantan hanya disebabkan insiden ini. Berdasarkan pengalaman penulis , rasanya penyokong semua negeri berpotensi melakukan perkara yang sama.Tetapi setelah berkali-kali insiden ini berlaku di tempat yang sama.Pelik juga bunyinya.Teringat lagi zaman kecil-kecil semasa penulis selalu berkunjung ke [...]

kalam hati

Adakalanya aku ingin berkasih, merasai getaran irama kebahagiaan jauh kedengaran gelaran romantika Adakalanya aku ingin berkawan, Mangetuk teratak usang dilubuk hati pujinya melangit semulia ciptaan Adakalanya aku ingin bersendiri, Menjamah ketenangan penawar gelisah Dikata sombong tidak berperi, Adakalanya aku ingin berahsia Membiar sanubari mentafsir jiwa Dianggap keras jauh menyendiri Entah siapa memahami bisikan hati…..   Dikala terdegar khabaran menusuk kalbu Hati dan jiwa berpaut erat Mengarah anggota berpasak menumpu Mereka bilang aku [...]

ANWAR SAPU BELAKANG , NAJIB SAPU DEPAN

(PENUTUP)”Inilah beberapa realiti yang membawa kepada kesimpulan politik Malaysia sedang bergerak kearah kebudak-budakan. Halal dan Haram hanya ditentukan parti dan yang paling penting kepincangan semakin jelas ketara. Satu diantara Dua orang yang berkemungkinan besar memacu negara di masa depan masih bermain tikam menikam.Anwar tikam dari belakang (mengheboh-hebohkan pertukaran kerajaan)Najib tikam dari depan(melaksanakan  program menukar kerajaan). ANWAR SAPU [...]