Betis dan Peha Bukan Aurat?
Sesungguhnya ketika Rasulullah sedang duduk dalam keadaan peha atau betis baginda terdedah .Abu bakar meminta izin untuk masuk menemui baginda lalu Rasulullah membenarkannya sedangkan baginda dalam keadaan itu,kemudianUmar meminta izin untuk masuk lalu Rasulullah membenarkannya sedangkan baginda tetap dalam keadaan itu kemudian Uthman meminta izin untuk masuk lalu Rasulullah membenarkannya setelah menutup peha baginda .Ketika mereka beredar aku bertanya kepada Rasulullah “Abu Bakr dan Umar meminta izin,engkau mengizinkan dalam keadaanmu(terdedah peha).Ketika Uthman meminta izin engkau menutup pehamu dengan pakaianmu”.Sabda Rasulullah “ Wahai A’ishah apakah aku tidak merasa malu dengan orang yang para malaikat malu kepadanya”.(Riwayat Bukhari [ta’li], Muslim , Ahmad , Ibn Hibban , Mu’jam al-Kabir at-Tabrani, Sunan Baihaqi , Musnad Abu Ya’la, Musykal al-A’tsar al-Thahawi)
(2)Hadith Anas :
Sesungguhnya kain Rasulullah tersingkap sehingga terdedah peha baginda pada hari perperangan khaibar sehingga aku dapat melihat putih peha baginda(Riwayat Bukhari , Ahmad , Sunan Baihaqi)
(3)Hadith Zaid Bin Tsabit:
Ketika wahyu turun, sesungguhnya lutut Rasulullah berada diatas lututku.(Bukhari [ta’lik ] , Ahmad , Abu Daud , Sunan Baihaqi , Musannaf Abd Razak , Mustadrak Al-Hakim , Mu’jam al-Kabir at-Tabrani , Musykil al-A’tsar at-Thahawi
(4)Hadith Abdullah bin Samit :
Sesungguh aku bertanya sesuatu kepada Abu Dzar lalu dia menepuk pehaku dan dia berkata “Sesungguhnya aku bertanya kepada Rasulullah sebagaimana engkau bertanya kepadaku lalu Rasulullah menepuk pehaku sebagaimana aku menepuk pehamu” lalu baginda bersabda “kerjakanlah solat pada waktunya………..”.(Sunan Baihaqi)
5)Hadith Muhammad bin Jahsyi & Jarhad & Ibn Abbas:
“Sesungguhnya Rasulullah menemui Ma’mar(dalam rawayat lain Jarhad) dalam keadaan pehanya terdedah lalu baginda bersabda “Wahai Ma’mar, tutuplah pehamu kerana peha adalah aurat.(Bukhari [ta’liq] , Ahmad, Sunan Baihaqi , Mustadrak Al-Hakim , Mu’jam al-Kabir at-Tabrani , Ma’rifat as-Shahabah Abu Nu’aim, Musykal al-Atsar at-Thahawi)
Pandangan Ibn Hajar al-Asqalani berkenaan hadits ini (Fath al-Bari):
Hadis Ibn Abbas riwayat at-Tirmidzi Daif
Hadith Jarhad riwayat Malik,at-Tirmidzi menyatakan Hasan , ibn Hibban menyatakan sahih , didaifkan oleh al Bukhari di dalam at-Tarikh
Hadith Muhammad bin Jahsyi Riwayat Ahmad , Al-Hakim dan al-Bukhari dalam at-Tarikh dengan jalan Abu Katsir.Kekuatan hadith Abu Katsir tidak diperakui oleh ulama’ walaupun ramai meriwayatkan hadith nya.
6)Hadith Abdullah bin Amru :
Sesungguhnya diantara peha dan lutut adalah aurat.(Dar al-Qutn)
Kekuatan Hadith ini belum dapat dipastikan,Kesemua perawi hadith ini adalah dipercayai kecuali Muhammad b Makhlab b Hafs. Az-Zahabi menyantakan bahawa dia dipercayai(Tazkirah al-Huffaz & Nusub ar-Raayah) dan Ibn Hajar al-Asqalani(Lisan al-Misan) menyatakan bahawa beliau lemah.
Pada zahirnya kebanyakan hadith-hadith berkenaan masalah aurat lelaki bertentangan.Disebabkan itu ulama berselisih pendapat didalam bab ini.Imam asy-Syafi’e , Malik dan Abu Hanifah berpandangan bahawa peha merupakan sebahagian dari aurat lelaki sedangkan Imam Ahmad(dalam sebahagian riwayat darinya) , Daud adz-Zhohiri, Ibn Abi dzi’b(al-mughni) ,Sufyan as-Tsauri , Abu Sulaiman, (al-Muhalla), al-Bukhari berpandangan sebaliknya.
Jika dinilai kekuatan hadis, hadis yang menyatakan bahawa peha bukanlah aurat lelaki lebih kuat sebagaimana disebutkan oleh imam bukhari “Hadith Anas (2) lebih kuat sanadnya sedangkan hadith jarhad (5)lebih berhati-hati”(Sahih Bukhari)
Imam Bukhari juga meletakkan hadis Zaid (3) didalam bab “khabar berkenaan dengan peha” ini menunjukkan bahawa al-bukhari cenderung untuk mengatakan bahawa peristiwa tersebut berlaku dalam keadaan peha Rasulullah bersentuh dengan peha zaid tanpa berlapik walaupun al-Ismai’li (penulis al-mustakhraj ‘ala al-Bukhari) menerangkan bahawa perihal berlapik atau tidak berlapik tidak disebut didalam hadis(fath al-Bari).
Imam an-Nawawi pula didalam syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa hadis A’ishah(1) tidak boleh dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa peha bukannya aurat disebabkan rawi didalam hadis muslim tidak pasti antara peha atapun betis nabi yang terdedah.Tetapi didalam riwayat ibn Hibban ,at-Tabrani dan at-Thahawi dengan jelas disebutkan peha rasulullah yang terdedah.
Ibn Hazm al-Andalusi beralasan bahawa seandainya peha adalah aurat lelaki sesungguhnya Rasululah tidak akan menyentuh aurat seseorang sedangkan Rasulullah telah menyentuh peha Abu Dzar (4).Jika peha adalah aurat,Allah pasti akan memelihara aurat Rasulnya daripada dilihat orang lain sedangkan ada sebahagian sahabat yang telah melihat aurat rasul (1) dan (2).Ini menunjukkan bahawa peha bukanlah aurat dan ibn Hazm menjelaskan bahawa semua hadith yang meriwayatkan bahawa peha adalah aurat adalah bertaraf Daif(Al-Muhalla).
Ada sebahagian daripada para sahabat yang pernah mendedahkan peha mereka selepas kewafatan Rasul antaranya Abu bakar dan Tsabit bin Qais dan ada juga antara mereka yang menyatakan bahawa peha adalah aurat seperti Umar dan Ibrahim :
Kata Jabair Bin Huwairits :Aku melihat Abu Bakar as-Siddiq berdiri diatas sebuah bukit di Muzdalifah dan berkata “ Wahai manusia, bangunlah untuk bersolat subuh” .Aku mendapati bahawa peha beliau terdedah.(Al-Musannaf ibn Abi Syaibah)
Diantara jalan terbaik untuk memahami hukum peha lelaki sama ada termasuk aurat atau tidak setelah mengambilkira kesemua hadith adalah seperti berikut:
~Tidak ada Hadith yang menyebutkan dengan jelas bahawa mendedahkan lutut termasuk dosa besar atau kecil
~Hendaklah memakai pakaian yang menutup peha ketika berada dikhalayak sebagai menjaga maruah
~Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya pakaian terselak sehingga mendedahkan peha
~Tidaklah menjadi kesalahan untuk seseorang mendedahkan pehanya ketika berada di dalam rumah sendiri
~Sesiapa yang memilih hanya untuk beramal dengan hadith yang paling kuat dan jelas apabila berlaku perbezaan pandangan (Dzahir an-nusus),maka kesimpulannya peha bukanlah aurat
~Sesiapa yang memilih jalan paling selamat (dengan mengelakkan diri dari kemungkinan melakukan perkara haram) diantara dua pandangan, maka kesimpulannya peha adalah aurat.
salman ali
manzero_salafi@yahoo.com.my








salam saudara salman…
satu kupasan yang menarik…
satu penjelasan yang saya rasakan jelas kerana saya bukan ahli dalam membandingkan hukum secara daqiq…
apapun teruskan mengetengahkan permasalahan ahkam syariah lebih-lebih lagi yang menjadi permasalahan semasa umat Islam…
wassalam…
salam…
terima kasih diatas pandangan anda.saya akan cuba mengetengahkan seberapa banyak isu yang menimbulkan selisih faham dengan kupasan yang adil.
slm…
satu kupasan dan penjelasan yg sgt menarik. sy cuma ingin bertanya, kupasan ini untuk aurat sesama lelaki atau berlainan jantina? atau kedua-duanya sekali? wallahua’lam.
salam.. sy ada sikit keliru.. kiranya sy setuju untuk beramal ngn hadis shahih.. kiranya hanya peha la bukan aurat..
macam mana dengan pusat kebawah..
adakah aurat?
ataupun, senang cerita, aurat ni kira takat mana kita malu la? sbb rasulullah saw. tutup peha sbb malu dgn usman..
harap ada penjelasan
saya tidak menulis penuh berkenaan aurat sebab apabila ia dibahaskan secara detail didalam kitab hadith.ia adalah didalam bab yang berbeza.susahjuga nak kumpul.artikel ini hanya menyentuh tentang peha sahaja.Insya Allah ada kelapangan saya lengkapkan.
Thanks diatas sokongan
salam..nak buat permintaan.
kalau rajin la…
1)apa pendapat imam2 mazhab tentang aurat?
dan pendapat mana yang lebih kuat.
2)kalau boleh..ape fatwa2 salaf tentang aurat ini..
semoga dipermudahkan.. hehe..
salam
saya pening la bace artikel ni sebab saya ngah ngantuk..hehe..cuma yang saya keliru kalau peha bukan aurat, mana batasan aurat lelaki??dan peha(yang dikatakan bukan aurat) tu ditakrifkan dari mana hingga mana??
harap dapat penjelasan…
saya masih berpendirian (peribadi) aurat lelaki daripada pusat hingga lutut…dan masih tak dapat terima peha bukan aurat(sebagai langkah berjaga-jaga)…=)
salam
agak keliru dgn ayat ini.
“rasulullah sedang duduk dalam keadaan peha atau betis baginda terdedah.”
mana satu sebenarnya betis atau peha? kalau betis, ianya mmg bkn aurat. jd kalau dibandingkan dgn hadis mngenai aurat yg lain mmg bercanggah kalau kita kte peha bkn aurat. so nak selamat ambil betis.
yg psal hadis lutut di atas lutut tu bkannya semasa tidak berpakaian. kira ade alas la bukan skin contact.
yg mse peperangan tu kira darurat. macam2 boleh jadi. baju koyak la sampai tdedah aurat (kena pedang etc…). so situasi yang berlainan.